May 18, 2012

SELAMAT HARI GURU


GURU-DIKAULAH SEGALANYA

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun adalah hari buat semua pendidik meraikan hari mereka. Selamat hari guru  diucapkan kepada semua rakan-rakan guru seluruh Malaysia. Hati akan tersentuh setiap kali menyanyikan lagu GURU MALAYSIA bersama-sama rakan guru yang lain. Mungkin terlalu menghayati senikatanya atau mungkin juga tindak tanduk kita sebagai guru belum 100 peratus menepati lirik lagu tersebut dan apabila mengingatkan amanah yang dipikul belum sepenuhnya terlaksana.
     Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada bekas-bekas guru, pensyarah dan terutama sekali kedua ibu bapa yang menjadi guru pertama buat kita.
Teringat saya pesan abah suatu ketika  dulu sebelum bergelar sebagai seorang guru. Kata abah," Terdapat 3 kategori guru:
1. kategori yang pertama ialah guru yang menjadi guru bukan kerana minatnya, tetapi dia menjadi  guru kerana tiada kerja lain yang dia dapat kecuali guru . Jadi dia menerima tugas sebagai guru adalah kerana untuk mencari rezeki, bukan niat untuk mendidik anak bangsa atau membangunkan ummah. Guru seperti ini biasanya banyak mengabaikan tugas-tugasnya sebagai guru...

2. Kategori kedua ialah guru yang menjadi guru kerana tanggungjawab. Dia menjadi guru dengan baik sekali, dia menjalankan tugasnya mengajar, menyiapkan rekod mengajar, mengisi markah murid dan seumpamanya.Kerjanya sempurna tetapi dia tidak pedulikan apakah anak didiknya faham atau tidak matapelajaran yang diajar, tidak prihatin dengan masalah anak didiknya dan apa yang penting dia telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan tugas hariannya iaitu mengajar...

3. Kategori  ketiga ialah guru yang minat menjadi guru dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik. Guru ini amat prihatin dengan masalah anak didiknya, dia akan gembira dan bangga dengan kejayaan anak didiknya dan dia juga akan bersedih bila anak didiknya kurang berjaya..

Jadi, kepada guru sekalian..fikir-fikirkanlah kita berada dalam kategori yang mana?

Dalam Islam, guru yang terbaik ialah  apabila dia mempunyai 5 ciri ini:
1. MUDARRIS-MENGAJAR
2.MUALLIM-MEMBERI ILMU
3. MURABBI-MENDIDIK
4. MUADDIB-MEMBINA ADAB/ AKHLAK
5.MURSYID -MEMBERI PETUNJUK KEBAIKAN

Akhir kalam..semoga kita sama-sama dapat mendidik anak bangsa untuk agama bangsa dan negara yang gemilang..Insya-Allah...


-Ustazah Ela-

May 9, 2012

MUAFAKAT MENCARI BERKAT


SEKADAR MEMBINA KEKUATAN DIRI
Salam penuh kasih sayang dari saya buat pembaca semua....
Setelah baik daripada demam 2 hari yang lalu dan mendapat cuti rehat sakit, saya gagahi diri  untuk ke tempat kerja ..rindu rasanya hendak bertemu dengan anak-anak cilik saya dan panggilan-panggilan manja serta aduan-aduan mereka yang tak pernah lekang…maklumlah ustazah mereka ni dah macam biro pengaduan awam bagi mereka….
            Sebagai salah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk memegang badan kebajikan di tempat kerja . Saya dan semua Ajk telah bersepakat untuk menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei nanti dengan meriahnya Insya-Allah...Kami telah sepakat untuk memilih  tema sambutan pada tahun ini ialah Kesenian Islam atau kebudayaan Islam untuk sambutan Hari Guru pada tahun ini berbeza dengan tahun lepas yang memilih tema tradisional. Tema ini kami pilih untuk memberi pendedahan kepada semua murid dan guru tentang kesenian Islam sama ada berbentuk pakaian, permainan mahupun hiburan…Antara acara yang akan dipertandingkan ialah Tulisan Khat, Mereka cipta senibina Islam dengan manila kad atau kertas kotak, pertandingan nasyid dan busana Muslim/Muslimah gabungan murid dan guru…Kami merancang bukan untuk diri kami sendiri tetapi untuk guru-guru yang lain agar sambutan kali ini menjadi ingatan dan kenangan terindah buat kalian rakan-rakan guru sekalian…
            Namun begitu..biasalah apa yang dirancang tidak semua yang menyetujuinya..ada saja komentar yang dilontarkan…ada yang kata tak pandailah, ada yang kata tak sesuai dan ada yang kata nak rileks saja..Apabila ditanyakan cadangan dari mereka, tiada satu cadangan pun yang diutarakan…kadang-kadang terasa juga panas telinganya..tapi tak apalah..seingat saya tahun lepas pun banyak juga komentar yang tidak bersetuju dengan apa yang kami sepakati, tetapi kami teruskan juga dan akhirnya menjadi kenangan yang indah apabila gambar-gambar aktiviti itu kami ulang tayangkan semula dan sentiasa menjadi sebutan… Niat kami sebenarnya mahu semua guru-guru bergembira dan hilangkan tekanan yang ada pada hari tersebut..dan bukannya setiap permainan atau persembahan itu kami inginkan kesempurnaan , apa yang penting kerjasama dan suka-suka di samping dapat mengeratkan ukhuwah guru sesama guru serta guru sesama murid. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat berkasih sayang sesama kita..kerja yang berat pun menjadi ringan…
Bila menghadapi situasi seperti ini teringat saya pada kisah Luqman Al Hakim bersama anaknya dan keldai dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan pandangan manusia. Kisah ini juga saya semak kembali kerana untuk memberi kekuatan dalam diri agar lebih kuat dan tabah lagi..
Kisah Luqman Al Hakim bersama anaknya dan keldai
Pada Suatu hari, Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, maka orang ramai berkata :
” Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! ”
Berikutnya, Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, maka orang ramai berkata :
” Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! ”
Seterusnya, Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, maka berkata pula orang ramai :
” Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!, alangkah seksanya keldai itu membawa beban berganda! ”
Akhirnya, Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan membiarkan ia kosong saja, orang ramai berkata lagi:
” Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!”
Apa kalian dapat dari kisah ini?, .
Inilah yang kita katakan pandangan manusia, pandangan yang selalunya silap, jika dibandingkan dengan pandangan Allah. Sangat benar, pandangan manusia itu sering berbeza beza, setiap apa yg dilakukan pasti ada saja yang kurang bersetuju, mungkin majoriti, mungkin juga minoriti, tapi hakikatnya pasti ada perbezaan.
Melihatkan kisah ini, saya tidak mengatakan yang orang ramai yang memberi komentar itu jahil atau silap, ada benarnya setiap komentar itu, ya, memang ada benarnya, tetapi setiap komen itu datangnya dari pandangan manusia yang pastinya banyak kekurangan, begitulah manusia, ia tidak mengetahui apa yang terselindung, apa yang tersembunyi.
Teringat saya pada Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”.
Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :
” Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu ”
Akhir Kalam…jadikanlah hati sentiasa bersyukur dan lidah yang sentiasa berzikir ..
Jaga diri hiasi peribadi..hidup pasti diberkati…..
-Ustazah Ela-