Nov 29, 2011

MENGAPA SUSAH NAK BERHIJRAH???


MENGAPA SUSAH NAK BERHIJRAH???
Alhamdulillah..akhirnya kita masih diberi kesempatan untuk terus mengecapi nikmat dari Allah s.w.t dan menjadi khalifah di muka bumi ini untuk menghadapi tahun 1433H. Sebagai hamba Allah yang amat percaya dan beriman tentang dunia dan akhirat yang Allah naungi ini, kita seharusnya berusaha untuk mencipta kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan hari ini mesti lebih baik dari hari semalam.
Tahun baru muncul lagi..koreksi diri satu persatu apa yang telah kita lakukan dan apa yang belum kita lakukan pada tahun lepas. Apa yang betul dan apa yang salah…jika betul apa yang kita lakukan selama ini teruskan dan usaha agar lebih baik dan jika banyak kesalahan yang telah kita lakukan, perbaikilah diri menjadi insan yang lebih baik..betul kan yang biasa dan biasakan yang betul.. Ingatlah …hidup di dunia ini hanya untuk mencari Redha Allah bukan redha manusia semata-mata. Oleh itu utamakan lah redha Ilahi…
Positifkan minda dalam setiap perkara kerana orang yang bersikap positif adalah orang yang profesional manakala orang yang sentiasa negatif adalah orang yang sentiasa mempunyai perasaan buruk sangka dengan yang lain..ingatlah berburuk sangka itu juga adalah dosa…
Rebutlah peluang yang ada dengan penuh iltizam dan komitmen yang akan memajukan diri sendiri bukan dengan rungutan dan celaan yang akan merugikan diri sendiri bak kata pujangga: “SESEORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF SENTIASA MENGANGGAP SETIAP PELUANG ITU SEBAGAI MASALAH TETAPI SESEORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF ITU MENGANGGAP SETIAP MASALAH ITU SEBAGAI PELUANG”.
Pastinya peluang yang ada di ambil sebagai jalan untuk kita belajar serta terus memajukan diri dan pastinya peluang itu juga akan dapat memberi peluang kepada kita untuk menambah dana di BANK AKHIRAT nanti…
Semoga kita sama-sama membina kecemerlangan di tahun baru ini…Amin YA ROB…
-ustazah Ela-

Sep 5, 2011

Salam Eidul Fitri

Assalamualaikum....

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir batin kepada semua sanak saudara dan rakan taulan yang tidak sempat bertemu mata ketika berkunjung di kampung halaman tempoh hari. Tidak puas rasanya seminggu bercuti untuk meraikannya.

Apabila pulang ke kampung macam-macam berita sedih dan gembira yang diketahui mengenai perkembangan orang-orang kampung dan sanak saudara. Ada yang telah meninggal dunia , ada yang sakit dan menderita, ada juga yang berduka lara disebabkan masalah rumah tangga. Hal ini sedikit sebanyak menyedihkan hati dan sentiasa berdoa agar mereka yang pergi dicucuri rahmat dan mereka yang berduka diberi kebahagiaan.

Tak kurang juga yang meraih bahagia , hidup semakin diterangi cahaya dan bahagia serta membela nasib ibu bapa dan keluarga. Terasa tenang dan bahagia juga di hati....

Walau apapun terjadi, kita hendaklah sentiasa doa mendoakan antara satu sama lain agar orang lain juga mendoakan kesejahteraan buat kita. Doa adalah senjata orang Mukmin dan permintaan seorang hamba kepada Tuhannya yang membuktikan bahawa kita sentiasa mengharap redha dan petunjukNya. Kita masih punyai Tuhan untuk membela kita.
Berdoalah untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dan berbahagialah atas kesenangan orang lain agar mereka juga menyenagi kita..jangan ada sifat dendam dan dengki sesama kita. Kerana orang yang dengi serta iri hatinya akan menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Renung-renungkan.....

-Ustazah Ela -

Jun 2, 2011

Salam Perkenalan....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Manusia dipilih oleh Allah untuk dihantar ke dunia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini... Walaupun siapa kita, apa jawatan kita, kita adalah khalifah buat diri kita sendiri. Begitu jugalah halnya dengan para pelajar sekarang ini yang sedang bercuti..Jangan jadikan hari-hari cuti anda dengan cuti segala-galanya. Ingatlah anda adalah khalifah untuk diri anda sendiri,,, tiada siapa yang boleh memaksa atau memerintah anda untuk belajar dan berusaha mencapai kejayaan melainkan diri anda sendiri yang mahu mencapainya...Ibu bapa dan guru-guru hanyalah sebagai pendorong dan pemberi galakan untuk berjaya. Penentunya berada di tangan anda...
AMALKAN PRINSIP 3 M:

M 1; Mulakan dari diri sendiri..jangan tunggu ada orang yang menggerakkan diri anda..

M 2 : Mulakan dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara buat kita..

M 3 : Mulai dari saat ini....jangan bertangguh...


SELAMAT BERUSAHA....
- ustazah ela -

Buku Terbaruku

SINOPSIS:

KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir.

DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang. Lihatlah... betapa indahnya perjalanan kehidupan bulan yang sentiasa bertolak ansur dengan matahari. Pabila waktu malam sudah sampai penghujungnya, bulan seolah-olah memberi laluan untuk matahari keluar dari persembunyian. Begitulah perancangan dan ketetapan ALLAH yang sangat teratur dan penuh makna tersirat. Moga kita dapat mencontohinya; tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Insya-ALLAH.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK: • Ayat-ayat Cinta • Berdoalah Selalu • Mencipta Bahagia • Jaga Diri Hiasi Peribadi • Tip Manja-manja Kucing • Kenangi Saat-saat Indah • Adab-adab Ketika Bersama • Indahnya Keluarga Bersyariat • Sketsa Kehidupan Buat Teladan • Kenali Sikap Kita dan Pasangan

post pertamaku

hi dunia blogger !!!!!