Sep 5, 2011

Salam Eidul Fitri

Assalamualaikum....

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir batin kepada semua sanak saudara dan rakan taulan yang tidak sempat bertemu mata ketika berkunjung di kampung halaman tempoh hari. Tidak puas rasanya seminggu bercuti untuk meraikannya.

Apabila pulang ke kampung macam-macam berita sedih dan gembira yang diketahui mengenai perkembangan orang-orang kampung dan sanak saudara. Ada yang telah meninggal dunia , ada yang sakit dan menderita, ada juga yang berduka lara disebabkan masalah rumah tangga. Hal ini sedikit sebanyak menyedihkan hati dan sentiasa berdoa agar mereka yang pergi dicucuri rahmat dan mereka yang berduka diberi kebahagiaan.

Tak kurang juga yang meraih bahagia , hidup semakin diterangi cahaya dan bahagia serta membela nasib ibu bapa dan keluarga. Terasa tenang dan bahagia juga di hati....

Walau apapun terjadi, kita hendaklah sentiasa doa mendoakan antara satu sama lain agar orang lain juga mendoakan kesejahteraan buat kita. Doa adalah senjata orang Mukmin dan permintaan seorang hamba kepada Tuhannya yang membuktikan bahawa kita sentiasa mengharap redha dan petunjukNya. Kita masih punyai Tuhan untuk membela kita.
Berdoalah untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dan berbahagialah atas kesenangan orang lain agar mereka juga menyenagi kita..jangan ada sifat dendam dan dengki sesama kita. Kerana orang yang dengi serta iri hatinya akan menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Renung-renungkan.....

-Ustazah Ela -