Nov 29, 2011

MENGAPA SUSAH NAK BERHIJRAH???


MENGAPA SUSAH NAK BERHIJRAH???
Alhamdulillah..akhirnya kita masih diberi kesempatan untuk terus mengecapi nikmat dari Allah s.w.t dan menjadi khalifah di muka bumi ini untuk menghadapi tahun 1433H. Sebagai hamba Allah yang amat percaya dan beriman tentang dunia dan akhirat yang Allah naungi ini, kita seharusnya berusaha untuk mencipta kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan hari ini mesti lebih baik dari hari semalam.
Tahun baru muncul lagi..koreksi diri satu persatu apa yang telah kita lakukan dan apa yang belum kita lakukan pada tahun lepas. Apa yang betul dan apa yang salah…jika betul apa yang kita lakukan selama ini teruskan dan usaha agar lebih baik dan jika banyak kesalahan yang telah kita lakukan, perbaikilah diri menjadi insan yang lebih baik..betul kan yang biasa dan biasakan yang betul.. Ingatlah …hidup di dunia ini hanya untuk mencari Redha Allah bukan redha manusia semata-mata. Oleh itu utamakan lah redha Ilahi…
Positifkan minda dalam setiap perkara kerana orang yang bersikap positif adalah orang yang profesional manakala orang yang sentiasa negatif adalah orang yang sentiasa mempunyai perasaan buruk sangka dengan yang lain..ingatlah berburuk sangka itu juga adalah dosa…
Rebutlah peluang yang ada dengan penuh iltizam dan komitmen yang akan memajukan diri sendiri bukan dengan rungutan dan celaan yang akan merugikan diri sendiri bak kata pujangga: “SESEORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF SENTIASA MENGANGGAP SETIAP PELUANG ITU SEBAGAI MASALAH TETAPI SESEORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF ITU MENGANGGAP SETIAP MASALAH ITU SEBAGAI PELUANG”.
Pastinya peluang yang ada di ambil sebagai jalan untuk kita belajar serta terus memajukan diri dan pastinya peluang itu juga akan dapat memberi peluang kepada kita untuk menambah dana di BANK AKHIRAT nanti…
Semoga kita sama-sama membina kecemerlangan di tahun baru ini…Amin YA ROB…
-ustazah Ela-